Saya Muhamad Azri b. Abdul Ghani.Saya dilahirkan pada 7 Disember 1988 di Teluk Intan Perak Darul Ridzuan.Saya mula bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Idris 2.Setelah tamat sekolah rendah,saya bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz sehingga tingkatan 3,kerana saya dapat melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan.Itulah sedikit sebanyak cerita tentang diri saya.
Berkenaan tentang keluarga saya, saya mempunyai keluarga yang agak besar iaitu 5 orang adik beradik dan saya adalah anak yang sulung.Antara adik beradik yang lain,saya seorang anak tuggal lelaki manakala adik beradik saya yang lain adalah perempuan.
Bapa saya bekerja sebagai pembantu tadbir di Pejabat Daeerah Teluk Intan, dan ibu saya bekerja sebagai guru kaunseling di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Bahagia Teluk Intan.
Adik saya yang kedua telah melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi di Gopeng Perak. Adik saya yang ketiga pula baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dan dia masih menuggu keputusan peperiksaan untuk melanjutkan pengajian di institusi-insitusi pengajian tinggi. Dua orang adik saya lagi masih bersekolah menengah di tingkatan tiga dan tingkatan satu.
Hobi saya di masa lapang ialah memancing. Memancing bagi saya adalah satu hobi yang berfaeedah, kerana selain kita mendapat hasil dari memancing, kita juga dapat memupuk sifat sabar dalam diri kita. Saya selalu pergi memancing bersama bapa dan sepupu saya kerana mereka juga berkongsi minat yang sama dengan saya.
Jika ada kelapangan, keluarga saya juga suka pergi berkelah. Kebiasaannya, kami akan pergi bersama keluarga adik beradik ibu saya. Ini membuatkan aktiviti yang kami buat semasa perkelahan bertambah meriah. Di samping itu juga, ia dapat mengeratkan silaturrahim sesama kami.
Itulah sedikit sebanyak cerita tentang keluarga saya, sekian.